Monday, May 19, 2014

produk untuk wanita yang hebat




Kehidupan seharian yang sibuk membuatkan kita selalu lupa untuk menjaga kesihatan, apalagi kerja-kerja pejabat serta banyak urusan rumahtangga yang tidak pernah habis, ianya adalah faktor utama yang membuatkan kita mengabaikan keperluan tubuh badan untuk memikul segala tugasan harian, akibatnya ada antara kita yang boleh jatuh sakit pada bila-bila masa.

Ada diantara kita yang tertekan sehingga mempengaruhi kesuburan tubuh tidak kira lelaki atau wanita, ini disebabkan stress, keletihan, tidak cukup rehat dan lain-lain lagi. Sebab itulah pengasas produk Blinq mencari ramuan khas yang sesuai diamalkan untuk golongan dewasa.

Blinq Beauty Drink "Minuman Kesihatan Dengan Pemakanan Sunnah"

www.blinqbeautyboutique.com

Friday, May 9, 2014

Unisex Perfume / wangian unisex lelaki dan wanita


hi semua :)

tercari wangian yang boleh dipakai oleh lelaki dan perempuan? wangian unisex dari Calvin Klein boleh menceriakan hari anda. malah jika suami anda/ isteri anda terlupa bawa haruman personalnya ketika bercuti, semburkan sedikit wangianmu kepadanya. wangian dipercayai boleh meningkatkan mood relax dan menghilangkan stress. jadi wajarlah membawa wangian ketika bercuti. Relax dan menenangkan. Jadi tiada lagi rungutan membawa banyak barang ketika travel. bawa satu botol sahaja sudah mencukupi untuk anda dan si dia  

CK BE 100ML
CK ONE 100ML
CK ONE SUMMER 100ML
CK ELECTRIC 100ML
CK ESCAPE 100ML

Gunakan sebaiknya masa cuti anda bersama si dia. berwangi-wangilah untuk mengembirakan pasangan kita 

untuk mencari perfume original yang berpatutan harganya boleh ke
www.facebook.com/byYanrosy 


Wednesday, May 7, 2014

5 faktor gagal dalam dropship

[ 5 FAKTOR GAGAL DALAM PERNIAGAAN DROPSHIP ]
Sebab 1: Salah niat
Tanyalah sesiapa pun yang dah berjaya dan kaya. Mereka akan kata, NIAT tu
sangat penting. Salah niat, maka semuanya akan jadi salah. Jadi kalau sebelum
ni niat kita nak berniaga sebab nak KAYA semata-mata, kena ubah kepada,
'kita nak berniaga sebab nak berikan manfaat kepada orang lain.' atau
'kita nak berniaga sebab nak bantu keluarga kita keluar dari masalah kewangan'.
Bila kita buat sesuatu itu dengan niat untuk bantu orang lain (lebih bagus kalau
orang lain tu adalah orang yang kita sayang), ianya akan jadi sebab yang
SANGAT kuat untuk kita TIDAK GAGAL.
Sebab 2: Produk
Memilih produk yang betul adalah sangat penting. Kebanyakkan orang kita,mereka RASA mereka ada produk yang betul, tetapi sebenarnya tidak. Ada yang pada mulanya YAKIN dan melaburkan duit untuk keluarkan produk sendiri,tetapi akhirnya stok tidak dapat dijual.Sebab itu kaedah dropship sangat bagus untuk kita. Ianya mengurangkan risiko untuk kita alami kerugian besar. Itu pun ada diantara kita masih GAGAL untuk menghasilkan walaupun SATU jualan. Ini membawa kita ke sebab no. 3 kenapa kita gagal.
Sebab 3: Ilmu
Kurang ilmu adalah antara penyebab paling UTAMA dan PENTING. Kita selalu rasa kita dah cukup berilmu. Dah cukup pandai. Tetapi sebenarnya tidak. Masih banyak lagi perkara yang kita tidak tahu dan perlu ambil tahu.Apabila melibatkan diri dalam bidang dropship, ilmu yang penting untuk kita di peringkat awal adalah ilmu pemasaran. Jadi kita perlu CARI ilmu pemasaran ni. Baik ilmu pemasaran offline, mahupun online.
Sebab 4: Sistem
Tiada sistem yang teratur juga boleh menyebabkan seseorang itu gagal. Contoh paling mudah adalah, apabila ilmu pemasaran anda sudah mantap, jualan anda akan jadi huru hara. Sekiranya anda tiada sistem untuk memantau, maka besar kemungkinan ada yang pelanggan tidak terima tempahan, atau terima tempahan yang salah, atau maklumat pelanggan semua entah ke mana-mana saja. Tanpa sistem, anda juga sukar untuk mengetahui sejauh mana anda sudah berkembang.Anda tidak dapat catit berapa keuntungan anda sebenarnya, berapa kos sebenarnya, berapa hasil jualan bulanan dan berapa bajet pemasaran. Jadi apabila anda ada sistem, perkara diatas ini akan jadi lebih teratur.
Sebab 5: Kuasa Tindakan
Ilmu dah dapat, produk dah ada, niat dah betul, sistem pun dah power. Tapi faktor/sebab yang no. 5 ni, kalau anda tidak laksanakan secara LUAS BIASA,ianya sama seperti angan-angan mat jenin.Malangnya, ramai diantara kita ni lebih BERANGAN dari mempunyai kuasa tindakan yang LUAR BIASA.Ramai diantara kita, semasa dalam kereta di trafik jam semasa pergidan balik kerja, akan berangan yang suatu hari nanti kita akan keluar dari situasitersebut dan angan-angankan pada waktu kita tidur pun pendapatan tetap masuk.Tapi apakah tindakan luar biasa kita untuk capai tahap itu? Ramai diantara kita yang sudah berjaya keluar dari situasi tersebut bertindak sangat LUAR BIASA.Mereka akan cepat-cepat bertindak kalau dapat ilmu baru. Mereka cepat-cepat mengaplikasikan apa sahaja nasihat yang mereka terima.
KREDIT TO : MUSLIM NIAGA ( me copy paste jer )