Thursday, December 17, 2015

Perfume haram bagi wanita memakainya?




TV arus perdana sudah puluhan tahun menayangkan kepada kita IKLAN YANG TIDAK PATUH SYARIAH. Termasuk iklan minyak wangi.
Seorang perempuan seksi sembur haruman yang menggoda, lalu berjalan lenggang lenggok dengan lirikan mata kepada lelaki di jalanan yang memandang. Lalu digambarkan lelaki jatuh hati dan mengekori wanita tersebut. 
Sebab itu agaknya bila sebut PERFUME, ramai pandang negatif kan? Apatah lagi yang jualnya saya yang berlatarbelakangkan pengajian Islam. Isteri ustaz pulak tu. Ish..ish..
Mari saya kongsikan. PERFUME tidak bersalah. Islam tidak menolak penggunaannya dalam kehidupan seharian, malah amat digalakkan berwangi-wangian dalam tujuan-tujuan yang tidak bersalahan dengan syariat dan bahan-bahan yang digunakan adalah tiada unsur syubhah. Bahkan beroleh pahala. 
1. Lelaki yang ingin ke masjid
2. Isteri untuk suami 
3. Untuk diri sendiri wangi sekadarnya
4. Ketika mahu solat 
5. Dijadikan hadiah
6. Untuk mengatasi masalah badan berbau yang buat orang lain tak senang.

dan banyak lagi. 
Fitrah manusia suka wangi. Dan berwangi-wangianlah mengikut garis panduan Islam. 
Jangan ikut style 'omputih' yang TV Malaysia kita duk tayang tu ya 
smile emoticon
Nota: Dexandra perfumes alkohol berasaskan tebu.
Petikan dari Stokist Dexandra - Pn Najibah Mustaffa


Dapatkan Dexandra Perfumes yang diyakini halal dan boleh dibawa solat dari yanrosy.com

Whatsapp ke 0137009146 jika anda berminat untuk memilikinya atau menjadi salah seorang agent Dexandra Perfumes. 




Sunday, November 1, 2015

Kelebihan extract bunga sakura di dalam PINKYLICIOUS BLINQ

Nak cerita sikit kelebihan BUNGA SAKURA yang kini menjadi kegilaan rakyat malaysia untuk merawat kulit.

Perasan tak dah mula banyak produk kita yang ada extract sakura termasuk lah PINKYLICIOUS 

Menurut kajian, bunga sakura mampu memberikan CALMING EFFECT PADA WAJAH di mana ia membantu rona kulit kita kelihatan sekata dan glowing pink-pink seperti bunga sakura itu sendiri.

Menurut kajian juga, ia mampu meningkatkan collagen dalam badan yang menjadi anti aging! Sesuailah untuk kulit kekal remaja gituww!! Heheh


Gambar Throwback masa pregnantkn hana dulu di ueno park, japan.

Dan secara kebetulan pulak nama HANA kalau di jepun bermaksud bunga. Hahaha 

Tu yg terkenan mata hana tu :)

Jom tukar supplement anda pada PINKYLICIOUS :D kulit pasti lebih cerah merahjambu gituww hihi

Ramuan dalam PINKYLICIOUS 


So if korang tak tahu mana nak dapatkan blinq PINKYLICIOUS ni bolehla contact terus no berikut 
0137009146 (whatsapp only) atau boleh purchase terus di www.yanrosy.com

Bukan nak cerah je tau. Kalau mak ke makcik ke saudara mara yang ade JERAGAT yang susah nak hilang boleh la cuba makan pinkylicious ni. JERAGAT PASTI MUDAH HILANG dengan PINKYLICIOUS ni! 

cuba lah sekarang :) 

Thursday, October 15, 2015

Pinkylicious Blinq menjadikan kulit lebih berseri glowing


Assalammualaikum..

Harini yan nak share tentang produk yang tengah hangat sekarang ni.. iaitu PINKYLICIOUS!

Apa yang bagus tentang produk ni? 

Kebiasaannya wanita memang obses dengan kulit putih bersih.. 

Tapi ada tak wanita kat luar tu gilakan kulit pink-pink macam korean? or japanese gitu..


Cantik comel kan bila kulit kita cerah dan pink pink gitu.. 

So apa yang Pinkylicious ni boleh tolong untuk korang dapatkan kulit macam awek di atas ni :) 

Jom kita citer sikit.. 

FIRST BEAUTY “SOLUBLE” IN MALAYSIA 

❝ Memang jadi kaww.. kaww.. sepantas kilat ❞
FORMULASI TERKINI dari BLINQ® khas untuk anda dengan gabungan ramuan TERBAIK seperti:
  • GRAPE SEED

- Mencerah dan mencantikkan kulit
- Memutih, Membuat kulit mulus dan segar berseri-seri,
- Memudarkan parut dan jeragat
- Mencantikkan kulit dari dalaman dan luaran
- Melawan penuaan
- Memutihkan gigi dan menguatkan kuku
- Menambah daya tahan
  • VITAMIN C

- Mempercepatkan kadar penyembuhan pada permukaan kulit
yang luka
- Mematikan pigment hitam dan melicinkan kulit
- Menghalang pembentukan jeragat
- Melembutkan kulit
- Mematikan sel-sel lama dan memperbaharui sel baru
  • EXTRACT APPLE

- Membersihkan kulit
- Awet muda
- Melembapkan kulit wajah
- Memudarkan parut dan jeragat
- Mencegah garis-garis halus
- Memutih
  • GREEN TEA

- Merupakan anti-pengoksidaan yang kuat, kaya dengan vitamin & mineral
- Mengontrol sebum penyebab jerawat
- Meredakan peradangan
- Membersihkan jauh ke dalam pori-pori
- Melindungi keratin kulit
- Menenangkan kulit sensatif
  • ALOE VERA

- Membantu memperkuatkan ikatan folikel rambut, menyihatkan
rambut dan mengurangkan keguguran rambut
- Merawat garis-garis halus di sekitar wajah
- Merawat kulit berminyak
- Anti Aging
- Merawat kulit luka dengan pantas
  • SAKURA EXTRACT

- Mencantikkan kulit dari dalaman dan luaran
- Menyamar dan merawat noda serta kesan parut lama seperti
jeragat dan jerawat
- Mencerah dan mencantikkan kulit
- Membuat kulit mulus dan segar berseri-seri
- Menjadikan tona kulit lebih sekata
- Menghilangkan jerawat, parut jerawat, patch kering, bintik hitam, rosacea, kulit pudar, kemerahankulit .
  • APRICOT SEED

- Membantu memulihkan masalah kulit seperti ekzima, gatal, kulit
kusam dan kulit kering.
- Melembap dan memelihara kekuatan akar rambut
- Membantu menghapuskan pembentukan jerawat dan jeragat
- Mengandungi Vitamin A & C, sesuai untuk kulit sensatif
- Berfungsi sebagai pencerah kulit
- Berfungsi sebagai pelembap untuk rambut , wajah & tangan


Semua pun boleh tau. Dari yang tiada masalah kulit sehinggalah yang ade jerawat dan enczema sekalipun! Ingredient yang cukup hebat untuk mendapatkan kulit yang super duper hebat cantik :D

Tak rugi mencuba tau sebab kesannya memang sepantas seminggu dah boleh nampak kesan. It happen to me :) Alhamdulillah. Produk blinq memang hebat. Bukan setakat nak kaya je, tapi founder blinq hq ni sendiri mementingkan kualiti produk mereka. Tu yang yan suka sangat dengan blinq ni..

Harganya pun berpatutan.. Sebotol hanya RM69 dan ianya tahan untuk diambil selama sebulan. Ok lah kan.. Maintenance untuk kulit sebulan RM 69 je :) Murah Murah..

Semua lapisan umur pun boleh ambil pinkylicios ni sebab ingredientnya cukuplah natural.. Tiada tambahan bahan-bahan yang merbahaya pun..

Cara mengambil pinkylicious ni pun cukup mudah.. ambil air masak 50ml (sikit je tau) - kalau terlebih air nnti tawar plak.. kalau sikit air lebih manis dan sedap! hehe , masukkan 1 tablet dalam air tu, tunggu larut semua dah boleh terus minum :)


Kalau berminat atau nak tny sebarang soalan tentang produk Pinkylicious ni boleh contact 

Izyan - 0137009146 

atau terus ke www.yanrosy.com untuk pembelian



Monday, June 29, 2015

Tips untuk ibu

hehe jumpa ni kat facebook. So copy paste sini untuk tujuan revision :D Mana tahu 1 hari nnti memerlukan. 

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

Tuesday, May 26, 2015

Kurus Dengan Blinq Fabulouz Slimming

Ingin Kurus bukanlah suatu perkara yang mudah. Pelbagai cabaran perlu dilalui. Apalagi dengan pelbagai alasan untuk diet "perlu teman suami makan", "Ayam goreng my feveret, tak boleh kalau x makan", "harini last day cheat day"! haha pelbagai alasan kadang-kadang boleh membuatkan kita gagal dalam mencapai target yang diimpikan! Jadi jangan beri pelbagai alasan dan start sekarang! tanamkan semangat untuk tampil lebih kurus dan sihat demi orang yang dicintai :)


Dengan masalah obisiti yang tinggi di Malaysia, Blinq telah mengeluarkan produk yang bermutu tinggi dan berkesan sebagai satu inisiatif untuk membantu rakyat Malaysia hidup lebih sihat dan memiliki tubuh badan yang ideal. Di era pembangunan yang pesat ini, pelbagai ubat-ubatan untuk kurus telah di hasilkan. Tetapi adakah kita sanggup menelan berbelas-belas biji pil setiap hari? Setelah kajian dibuat, di dapati ramai rakyat Malaysia menggemari air kopi dan coklat! Berjuta-juta rakyat yang menyukai minum kopi dan coklat yang mengandungi kadar gula yang tinggi. Takotnya kalau terkena kencing manis kan? Kini tak perlu risau lagi kerana Coklat dan Coffee Blinq ini tidak mengandungi gula. Kemanisan air Coklat dan Coffee ini adalah terhasil dari pengganti gula iaitu Stevia. Alhamdulillah ianya selamat di minum untuk pesakit yang menghidap kencing manis tau. InsyaAllah lebih sihat! Malah kencing manis pun boleh turun tau dengan mengamalkanBlinq Beauty Drink
Picture
Terdapat dua Flavor untuk Blinq Slimming:
*******************************

Blinq Fabulouz Chocolate Strawberry Mint (Slimming)

Fungsi : Berkesan membantu mengurangkan berat badan.
Ramuan : Cocoa Powder, Krimer Bukan Tenusu, Stevia, Chocolate Powder, Skim Milk Powder, Chitoglucant, Pectin, Guarana, Garcinia Cambogia, Xanthum Gum, L- Carnatine, Euchol-S (Plum Sterol)


*******************************

Blinq Fabulouz Arabica Coffee (Slimming)

Fungsi : Berkesan membantu menurunkan berat badan.
Ramuan : Kopi arabica, Krimer Bukan Tenusu, Stevia, Chitoglucant, Xhantum Gum, Pectin, Guarana, Garcinia Cambogia, L-Carnatine, Euchol-S (Plum Sterol)


So, apa yang akan berlaku selepas anda mengamalkan Blinq Fabulouz Slimming ni? 
Fasa 1 : Proses penurunan berat badan akan berlaku dengan cepat untuk minggu pertama. Ini adalah kerana bahan aktif untuk firming / slimming akan berfungsi untuk membuang air berlebihan dalam badan. Penurunan berat badan akan berlaku dan kesan lebih ketara. 


Fasa 2 : Proses pembakaran lemak akan bermula. Penurunan berat badan tetap berlaku tetapi agak perlahan. Ini kerana ada 2 faktor yang akan mempengaruhi proses di tahap ini iaitu "tahap metabolisme individu" & "pengawalan pengambilan kalori". 


Di sini anda perlu mengawal pengambilan kalori harian anda untuk mendapatkan kesan optimum (lelaki 2200 kalori sehari | perempuan 2000 kalori sehari). 


Selepas anda berjaya mengawal pengambilan kalori sekaligus anda akan mengalami penurunan berat badan pada minggu ketiga dan keempat. 


Tips : Elak makanan berminyak & berlemak. Elak pengambilan ayam untuk 6 minggu pertama. 


Makan malam paling lewat pukul 7 malam. 


Banyakkan minum air kosong dan lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayuran.. 

Ramuan Firming / Slimming juga dapat membuang lemak & minyak berlebihan dari masuk ke dalam salur darah dan mengurangkan pembentukan kolestrol jahat.

Wednesday, May 20, 2015

Pengalaman Pendarahan di awal kehamilan

22 February 2014 - bertunang
13 September 2014 - Nikah

Hai semua! kisah ni yan nak tulis kat blog sebab nanti boleh imbas balik what was happened on my First Pregnancy. Disebabkan tak pernah tulis apa-apa pasal majlis pertunangan atau pernikahan sebelum ni, so yan just tulis tarikh je la macam kat atas ni. Hehe mana tahu nnti TERlupa ke :P Kalau ada masa terlebih ke boleh la nanti yan cerita kisah kami disatukan InsyaAllah  di next-next-next entry..Kalau rajin.. hihihi

4 December 2014 - Trip to Indonesia with Blinq Family. Alhamdulillah dapat pergi ke Jakarta dan Bandung secara Percuma hasil Insentif jualan Blinq :) So yan ke sana dengan suami. Kira honeymoon kami yang kedua la ni. Dipendekkan cerita, sesampai je kami kat hotel lepas Check-In tengok-tengok ade spotting kt panty. So agak itu adalah darah period sbb it was on my supposed to be first day of period that month.

Spotting tu keluar sikit sahaja. Berwarna coklat dan yan cuma pakai panty liner je sebab spotting tu just 1 2 titik je. So masa ni memanglah tak solat langsung sbb memang mati-mati fikir darah tu adalah darah period. Spotting tu berlangsung keluar sehingga hari ke-3. Masuk je hari ke - 4 my panty-liner sangat-sangat bersih dari sebarang cela. Spotting tu dah takde. 

So tunggu punya tunggu 8 December 2014 tu yan minum coke (yang ni jangan tiru sebab tak bagus untuk kesihatan!). Dengan harapan coke tu boleh push darah haid keluar. Tapi sama jugak. Darah tetap taknak keluar. Sepatutnya kalau dikira-kira 8 December ni hari ke-5 keluar haid. 

9 December 2014 pagi tu yan ade meeting with all the team. Masa nak bersurai tu yan boleh pulak ringan mulut cakap nak pegi klinik sebab darah haid tak keluar. Yan cerita jugak pasal Spotting ni. TETIBA jer diorang cakap "Ntah-ntah pregnant kot! dah Check UPT belum?". Ya Allah rasa masa ni jantung berdebar gila. Buat kerja seharian tak tenang. Sebab fikir, kalau betul pregnant, mcm mana aku semalam dah terminum coke. Baby ok ke? haiz macam-macam la fikir. Yan minum 1 botol coke. Bukan 1 tin tau! wuuuuu rasa nak menangis masa tu. Tapi tahan je la sebab tak confirm lagi kan.

Dah tu balik je petang tu dari kedai terus ke Guardian untuk beli UPT Test. Orang cakap UPT test ni sebaik-baiknya check pagi-pagi waktu fresh air kencing tu kan. Tapi yan dah tak keruan dah. Wajib jugak check waktu tu jugak!! Lepas beli UPT tu singgah la Petronas untuk test. Tak menyabor kan. Hehehe. Tup-tup Keluar double line! Allah.. Masa tu memang bersyukur sangat tapi still lagi risau pasal coke tu.. haha 

So pagi esoknya jumpa doc untuk confirmkan kehamilan ni. And she told us yang spotting tu sebenarnya adalah implementation bleeding. Ingatkan apa la kan! Wat orang risau je. Hihi. Alhamdulillah.. Happy sangat untuk seminggu tu. Yer seminggu je happy sebab lepas tu keluar lagi spotting on 14 December 2014. hmm masa ni memang satu penyeksaan untuk jiwa la. Fizikal sakit jugak. Tapi takdelah sesakit jiwa ni. huuu mana taknya.. Tengah-tengah happy Allah turunkan ujian. 

Lepas je kawin dari bulan September tu, yan terus stay dekat rumah family suami di banting. Which untuk ke kedai di bangi mengambil masa 1 jam. Jalan untuk jarak ni pun tak berapa nak cantik sebab banyak lubang. So everyday memang drive 1 jam pegi dan 1 jam balik which is not good for early pregnancy. Sebab travel jauh. Banyak hentakan sebab lubang. 13 December 2014; masa ni dah start rasa sakit kat bawah perut. Sakit mcm senggugut tu tapi still boleh handle. Masa ni xinform lagi dekat suami. Just senyap je. Sebab bila dah rehat baring-baring sakit tu hilang. 14 December 2014 ni la paling gerun sekali sebab ade spotting. tapi spotting tu bukan warna coklat macam masa awal-awal haritu. Tapi warna merah pink fresh! Bagitahu suami dan kami decide untuk tunggu esoknya. 

15 December 2014 : Pagi tu kami ke hospital pakar wanita Metro di banting. Lepas doc scan, kantung dah nampak. dan dia confirmkan my pregnancy bukan di luar rahim. So dia cakap mungkin ini threaten miscarriage. Masa ni pasrah gila la. Tapi emosi berkecamuk gila. Jalan pun kene slow sbb memang sakit kat bahagian bawah perut. Doc bagi ubat untuk kuatkan rahim.Nama ubat tu Progesterone kalau xsilap. Ubat tu untuk seminggu sahaja sebab dia suruh datang lagi the following week untuk check. So bermulalah hari-hari boringku berehat dirumah tanpa buat apa-apa. Kerjanya makan tido makan tido. 

Tapi still lepas rehat dan ambil ubat darah masih keluar.. Merah gelap.. tapi sikit-sikit. Tak pakai pad pun sbb dia hanya keluar bila yan buang air kecil je. Spotting tu bukan seketul seketul besar tapi sangat sikit macam bertali-tali macam tu. Die akan datang ikut suka dia je. Sampaikan dah x boleh nak track tarikh dah. hehe.. (sebenarnya lupa) :P Mil call kawannya seorang Dr, dia bagitahu yang ubat untuk pendarahan ni rehat je. So memang lepas tu rehat je la kt rumah. Takde pegi mana-mana pun. Mil cakap xperlu dah pegi hospital tu... Rehat je kat rumah. 

So lepas tu kite decide nak pindah rumah di bangi so that Dekat sikit dengan kedai. Dalam 5minit dah sampai. Lepas pindah ke bangi,pendarahan tu masih berlaku. Allah.. Masa ni fikir macam ni ke rasa pregnant. Sakit je. Tapi kenapa semua orang happy nak pregnant lagi dan lagi.. huhu.. Dengan takde selera makan.. Dengan x boleh bau minyak.. Tak boleh bau nasi.. Sampai bergaduh la dengan suami bila sampai part makan. Sebab dia risau wife dia and baby dia tak dapat nutrient. Pendek kata pregnant ni tak best la sebenarnya. huhu. (untuk awal-awal kehamilan je la) bila kehamilan dah matang memang rasa bahagia gila.. hehehe. 

Darah tu tetap kluar tapi sikit-sikit je. Husband dah pesan.. Kalau kluar darah dan pada masa yang sama sakit sangat kene inform die. So ada one day.. Tak ingat tarikh.. Pagi tu sakit sangat-sangat bawah perut tu.. Dan klua ada darah fresh. Sikit tapi still risau sebab sakit sangat. So kite decide terus ke hospital putrajaya. Dah tak tunggu apa terus ke emergency. Masa tu tak ramai org. Tunggu dlm 10minit dia dah panggil mintak ke dewan bersalin. Kebetulan suami pny cousin ade kt hospital tu sebagai pakar puan. So dia la yang check baby yan tu. die seluk bawah and then terjawab la sudah kenapa darah tu kluar. Beliau ckp sebab pangkal rahim yan luka. So darah tu datang dari luka tu. tapi yan memang mengadu perut selalu sakit kt bahagian bawah perut. And tell her before ni ada ambil progesterone which previous dr ade bagi tapi dah habis. So die decide untuk tambah lg sbb takot any case happen sbb yan selalu sgt sakit perut. 

So lepas tu kami just di monitor di EPAU (Early Pregnancy Assessment Unit) setiap minggu. So dpt la tgk how baby dah start moving masuk bulan ke 3. Alhamdulillah dah nampak jantung. Tangan and kaki bergerak2.. Syukur sgt.. 


Sekarang my pregnancy dah masuk 28weeks bersamaan dengan 7bulan. Alhamdulillah syukur.. Kalau ingat balik awal-awal pregnant dulu teruk sgt.. Sampai rasa taknak mengandung dah. Tapi bila masuk trimester ke-dua memang sangat bahagia. Dah boleh rasa baby gerak. Bila kite pegang perut die respond.. Terasa amazingnya ciptaan Allah. :')


:)

Alhamdulillah I am a happy mommy to be..
InsyaAllah 

Nasihat yan pada mommy to be kalau ada pendarahan awal kehamilan tu, better terus ke hospital kerajaan. At least mereka akan monitor kita sampai betul-betul ok walau terpaksa tunggu lama.. Puas hati dan feel safe berbanding pergi klinik swasta cuma akan nasihat kita untuk rehat. 

Monday, May 18, 2015

Tips Memilih Perfume yang best dan betul

Salam semua! haaa Anda semua mesti tertanya-tanyakan mcm mana nak memilih perfume yang betul? Kadang-kadang boleh tersalah beli pula. Harga pula bukan murah.. Berhabis sehingga RM400++ juga untuk perfume Original yang dijual di kaunter. 

Beberapa tips yang anda boleh gunakan untuk memilih minyak wangi yang sesuai untuk anda. supaya anda tidak tersalah beli lagi :) Baiklah tanpa membuang masa berikut merupakan beberapa tips yang anda boleh cuba :-

1. Cuba Minyak Wangi Pada Waktu Tengah Hari
Pasti anda akan tertanya-tanya mengapa pada waktu tengah hari bukan? Untuk pengetahuan anda, ini adalah kerana deria bau kita berada pada tahap kemuncak pada waktu ini. Dengan mencuba pada waktu tengah hari anda dapat memilih minyak wangi yang tepat dan sesuai untuk diri anda.
2. Ketahui Bau Kegemaran Anda
Jurujual minyak wangi mempunyai pengalaman tentang jenis-jenis minyak wangi dan mereka mampu memberi cadangan berdasarkan kegemaran anda. Jika anda sukakan bau buah-buahan, beritahu kepada jurujual mengenai kegemaran anda tersebut. Mereka akan mencadangkan minyak wangi yang sesuai dengan anda.
Mungkin anda boleh tanyakan terus kepada jurujual perfume apakah yang paling banyak dibeli oleh orang dan anda boleh mencubanya. Jangan takut untuk mencuba perfume yang anda tidak pernah pakai.
3. Jangan Gosok Di Pergelangan Tangan
Reaksi yang biasa orang lakukan apabila mencuba minyak wangi adalah dengan menyembur di pergelangan tangan dan seterusnya mereka menggosok kedua pergelangan tangan untuk meratakan minyak wangi tersebut. Jangan lakukannya, kerana ia mungkin akan merosakkan komposisi molekul minyak wangi dan menjejaskan bau sebenar. Seeloknya biarkan ia kering sendiri di tangan anda.
Tindakan menggosok kedua pergelangan tangan juga boleh menyebabkan bau wangian tidak tahan lama. Jadi untuk mendapatkan wangian yang lebih kekal lama, biarkan sahaja wangian tersebut di tangan anda tanpa menggosoknya.
4. Elakan Memakai Minyak Wangi Sebelum Memilih
Jika anda memang bercadang membeli minyak wangi elakkan dari memakai minyak wangi dari rumah. Lebih-lebih lagi jika anda menyembur minyak wangi pada pergelangan tangan anda. Ini kerana campuran dua minyak wangi ini dikhuatiri akan menjejaskan bau sebenar dan komposisi minyak wangi yang ingin anda cuba. Ini akan mengakibatkan anda keliru dengan wangian yang ingin dibeli.
5. Jangan Gopoh Ketika Membeli Minyak Wangi
Sesetengah minyak wangi hanya akan mengeluarkan bau sebenar dengan lebih jelas setengah jam atau beberapa minit selepas pemakaian. Jika anda mencuba minyak wangi dan sukakan baunya jangan terus beli! Ronda-ronda dahulu dan tunggu beberapa minit untuk memastikan anda dapat membuat keputusan yang baik.
Lebih-lebih lagi jika anda bercadang untuk membeli minyak wangi yang mahal. Selain dari memilih wangian yang sesuai, anda juga dapat berjimat dengan memilih minyak wangi yang sesuai untuk diri anda.
Kalau anda memang suka beli barang secara online, anda juga boleh berbuat demikian di www.yanrosy.com. Kami menyediakan consultation untuk anda yang first time ingin membeli dan mencuba perfume. Atau jika anda ingin memilih perfume sendiri boleh la study tentang bau dan note-nya di www.fragrantica.com. Dah habis study tu boleh singgah semula ke www.yanrosy.com. hehe. Apa yang best di www.yanrosy.com ni kerana mereka menyediakan jaminan pemulangan wang jika anda tidak berpuas hati dengan perfume yang anda terima. Best kannnn :) Jadi kalau ada di antara rakan-rakan anda yang confuse nak memilih perfume bolehla sharekan tips ini pada mereka! 

Gambar perfume di www.yanrosy.com
Semoga ianya bermanfaat buat semua yang giler perfume macam saya. hehe

Friday, May 8, 2015

Cincin Emas Untuk Ibu di hari Ibu

Alhamdulillah so far bersama blinq memang banyak dapat emas! tapi kali ni bukan emas untuk Stockist sahaja. 

Malah untuk pengguna Blinq pun boleh dapat emas tau.

Jarang-jarang ada peluang untuk beri ibu kita hadiah kan? lagi-lagi hadiah yang disponsor! hehehe

Mesti tiap tahun fikir hadiah apa yang sesuai untuk hari ibu kan? 

Jom u ols kita try. Mana tahu dapat kan! Tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia siapa yang tahu. ngee :D


HADIAHKAN CINCIN EMAS UNTUK IBU ANDA!
Blinq Mothers Day Welfie Contest
Dapatkan cincin emas PERCUMA sempena Hari Ibu dari Blinq! Senang jer.. hanya perlu ikut langkah berikut :

1. Ber-Welfie ( Anda + Ibu Anda + Mana-mana produk Blinq) secara kreatif.
2. Upload gambar tersebut di Instagram anda dan pastikan ada hashtag & tag blinqhq seperti berikut :
b) @blinqhq

3. Seorang pemenang bertuah akan memenangi Cincin Emas (3gm) seperti dalam gambar.
4. Sah sehingga 31 May 2015
Kalau belum dapatkan produk BLINQ sila dapatkan dari Izyan 0137009146

Selamat Mencuba!
Mana tahu rezeki Ibu kita nak pakai emas baru kan :)

dan semestinya ibu kita akan tersenyum! 

:)

Friday, April 17, 2015

Tips Hamil Blinq


TIPS HAMIL BLINQ


1- PAGI 1 SACHET Blinq Beauty Drink- Diminum bersama Sarapan pagi ( digalakkan minum dengan pasangan anda)



2- MALAM 1 SACHET Blinq Beauty Drink- Diminum sebelum masuk tidur

Seterusnya diulang sehingga datang bulan dan berhenti minum Blinq ketika datang bulan, jika didapati anda hamil, hentikan minum Blinq serta merta. sehingga sambung semula pada seminggu selepas bersalin.

Perkara yang perlu dielakkan

* Daging mentah atau kurang masak, ayam itik dan telur mentah.
* Hati dan hati yang mengandungi tahap yang tinggi vitamin A
* Lembut, keju masak seperti Brie
* Keju berurat biru seperti Stilton
* Keju lembut yang dibuat dari keju yang tidak dibasmi kuman terlebih dahulu (unpasteurised) atau susu kambing biri-biri

Bukan makanan saja kene elakkan, tapi tabiat dan kebiasaan juga perlu dihindar supaya wanita lebih mudah hamil.
Kafein, alkohol, rokok termasuklah dadah merupakan faktor utama sukar untuk hamil. Mungkin ada faktor-faktor lain yang turut mengganggu. Kadang-kadang satu-satu benda yang menjadi kebiasaan kita memang sukar untuk berhenti, tapi tak salah mencuba kan. Bersama-sama lah kita berusaha untuk menjadi lebih baik. Semuanya tak mustahil dengan izinNYA kan. Insyaallah. Senyum 
smile emoticon

jom dapatkan produk rangkaian Blinq Beauty Drink diwww.yanrosy.com

Untuk mendapatkan Blinq Beauty Drink boleh terus click link di bawah : http://bit.ly/1H5FT9k

Wednesday, February 4, 2015

Konsep Dropship dengan lebih Jelas - Khas untuk yang serius mencari duit sampingan

Salam semua. :)

Tempoh hari saya ada sharekan betapa senangnya bekerja dari rumah. Dengan post itu, inbox saya dibanjiri pelbagai mesej bertanyakan soalan.. "bagaimana caranya?"

So harini saya akan sharekan dengan lebih jelas tentang konsep DROPSHIP.

DROPSHIP  bermaksud rantaian perniagaan diantara DROPSHIP COMPANY, PENJUAL dan PEMBELI dimana PENJUAL tidak perlu meyimpan stok dan mengeluarkan modal tetapi menggunakan platform dropship daripada DROPSHIP COMPANY kepada PEMBELI . PENJUAL mendapat keuntungan daripada (RM harga jual) - (RM) harga borong = untung.

PENJUAL hanya fokus kepada MARKETING, SALES & CUSTOMER SERVICE  dan menjual menggunakan pelbagai platform seperti facebook/website/blog/catalog/forum dan lain-lain. DROPSHIP COMPANY akan menguruskan segala pembungkusan dan penghantaran kepada pembeli dengan meletakkan alamat penjual sebagai pengirim.

gambar di bawah menunjukkan bagaimana konsep dropship berfungsi:



KELEBIHAN BERNIAGA SECARA DROPSHIPPING

Setiap perniagaan memerlukan modal, product, pekerja, dan kedai untuk berniaga, Zaman yang sedia CANGGIH membantu ramai usahawan berniaga menggunakan Talian Internet sebagai platform perniagaan tetapi ramai yang tidak mampu kerana 

" Tidak tahu dimana mendapatkan pemborong,"
" Tiada masa untuk menguruskan penghantaran & pengambilan stok"
" Perlu melabur untuk mendapatkan stok"
" Perlu bergerak kesana kemari untuk pengurusan, "
"Memerlukan fokus yang tinggi dan tiada masa untuk mempromosikan produk" 


sedangkan tanggungjawab sebagai pekerja, student atau surirumah sepenuh masa pun sudah membebankan.
Oleh itu perniagaan DROPSHIP diperkenalkan kepada sesiapa yang ingin berniaga tetapi tidak perlu memikirkan semua perkara dibawah :


FOKUS DALAM PERNIAGAAN DROPSHIP

Sebagai ahli dropship kepada company yanrosy anda hanya perlu fokus kepada beberapa perkara yang paling penting dalam perniagaan iaitu memperkembangkan perniagaan anda melalui pelbagai platform perniagaan especially di internet sperti blog, website, facebook page, mudah.com dan pelbagai lagi medium anda kepada pelanggan anda B2C ( Bussiness to Customer )

Fokus kan masa dan tenaga anda hanya kepada beberapa perkara seperti gambarajah dibawah, semakin anda fokus semakin anda mudah untuk berjaya lebih jauh dalam business dropship, mungkin niat anda hanya ingin mendapat pendapatan sampingan tetapi jika anda betul2 bersungguh pastinya ia lebih daripada pendapatan utama anda. 



Kami akan bekerja untuk anda didalam pengurusan, penyediaan stok, penyediaan peralatan penyampulan ( anda tidak perlu memikirkan kos pakaging ), pembungkusan & penghantaran produk


PRODUCT YANG KAMI SEDIAKAN 

Product Utama kami adalah berasaskan wangian dan kecantikan. 
Product kami boleh dilihat di www.yanrosy.com 

So ade cerah sikit tak bagi yang blur apa itu dropship? hehe.. Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi izyan di talian 013-7009146 atau email ke yanrosy@gmail,com jika anda betul-betul berminat untuk menjana pendapatan selebatnya! :)

Jika tiada sebarang kemusykilan, anda boleh terus daftar di sini http://yanrosy.blogspot.com/p/dropship-programme.html. Email pengesahan akan dibuat dalam masa 24jam waktu bekerja :)

Thank you for your time. I hope this post help you to understand and know basically what is DROPSHIP :)

Thursday, January 29, 2015

Memakai Minyak wangi Sunnah Rasulullah

Alhamdulillah tadi ada seorang rakan di facebook sharekan link video ini, jadi saya rasa seronok kalau dapat sharekan video ni bersama anda semua. Jom kita tengok sama-sama :)

CARA RASULULLAH SAW MEMAKAI MINYAK WANGI
======================================
+ Memakai wangian adalah Sunnah Rasulullah SAW dan disukai oleh Baginda.
+ Rasulullah SAW tidak suka kepada sesuatu yang berbau busuk.
+ Wangian dijadikan 1/3 mas kahwin bagi perkahwinan Saidatina Fatimah.
+ Rasulullah SAW memakai wangian ketika mengerjakan umrah, solat, menghadiri majlis keramaian dan juga ketika hari raya.
+ Rasulullah SAW mempunyai haruman semulajadi yang lebih wangi daripada bau minyak wangi sendiri.
+ Apabila Baginda SAW melalui sesuatu jalan, orang akan mengetahui bahawa itu Rasulullah, kerana haruman wangian yang ada.
Info ini dikongsikan oleh kami
Yanrosy - Wangian Untuk Semua heart emoticon

~ Mengharumkan Hidup Anda