Tuesday, May 26, 2015

Kurus Dengan Blinq Fabulouz Slimming

Ingin Kurus bukanlah suatu perkara yang mudah. Pelbagai cabaran perlu dilalui. Apalagi dengan pelbagai alasan untuk diet "perlu teman suami makan", "Ayam goreng my feveret, tak boleh kalau x makan", "harini last day cheat day"! haha pelbagai alasan kadang-kadang boleh membuatkan kita gagal dalam mencapai target yang diimpikan! Jadi jangan beri pelbagai alasan dan start sekarang! tanamkan semangat untuk tampil lebih kurus dan sihat demi orang yang dicintai :)


Dengan masalah obisiti yang tinggi di Malaysia, Blinq telah mengeluarkan produk yang bermutu tinggi dan berkesan sebagai satu inisiatif untuk membantu rakyat Malaysia hidup lebih sihat dan memiliki tubuh badan yang ideal. Di era pembangunan yang pesat ini, pelbagai ubat-ubatan untuk kurus telah di hasilkan. Tetapi adakah kita sanggup menelan berbelas-belas biji pil setiap hari? Setelah kajian dibuat, di dapati ramai rakyat Malaysia menggemari air kopi dan coklat! Berjuta-juta rakyat yang menyukai minum kopi dan coklat yang mengandungi kadar gula yang tinggi. Takotnya kalau terkena kencing manis kan? Kini tak perlu risau lagi kerana Coklat dan Coffee Blinq ini tidak mengandungi gula. Kemanisan air Coklat dan Coffee ini adalah terhasil dari pengganti gula iaitu Stevia. Alhamdulillah ianya selamat di minum untuk pesakit yang menghidap kencing manis tau. InsyaAllah lebih sihat! Malah kencing manis pun boleh turun tau dengan mengamalkanBlinq Beauty Drink
Picture
Terdapat dua Flavor untuk Blinq Slimming:
*******************************

Blinq Fabulouz Chocolate Strawberry Mint (Slimming)

Fungsi : Berkesan membantu mengurangkan berat badan.
Ramuan : Cocoa Powder, Krimer Bukan Tenusu, Stevia, Chocolate Powder, Skim Milk Powder, Chitoglucant, Pectin, Guarana, Garcinia Cambogia, Xanthum Gum, L- Carnatine, Euchol-S (Plum Sterol)


*******************************

Blinq Fabulouz Arabica Coffee (Slimming)

Fungsi : Berkesan membantu menurunkan berat badan.
Ramuan : Kopi arabica, Krimer Bukan Tenusu, Stevia, Chitoglucant, Xhantum Gum, Pectin, Guarana, Garcinia Cambogia, L-Carnatine, Euchol-S (Plum Sterol)


So, apa yang akan berlaku selepas anda mengamalkan Blinq Fabulouz Slimming ni? 
Fasa 1 : Proses penurunan berat badan akan berlaku dengan cepat untuk minggu pertama. Ini adalah kerana bahan aktif untuk firming / slimming akan berfungsi untuk membuang air berlebihan dalam badan. Penurunan berat badan akan berlaku dan kesan lebih ketara. 


Fasa 2 : Proses pembakaran lemak akan bermula. Penurunan berat badan tetap berlaku tetapi agak perlahan. Ini kerana ada 2 faktor yang akan mempengaruhi proses di tahap ini iaitu "tahap metabolisme individu" & "pengawalan pengambilan kalori". 


Di sini anda perlu mengawal pengambilan kalori harian anda untuk mendapatkan kesan optimum (lelaki 2200 kalori sehari | perempuan 2000 kalori sehari). 


Selepas anda berjaya mengawal pengambilan kalori sekaligus anda akan mengalami penurunan berat badan pada minggu ketiga dan keempat. 


Tips : Elak makanan berminyak & berlemak. Elak pengambilan ayam untuk 6 minggu pertama. 


Makan malam paling lewat pukul 7 malam. 


Banyakkan minum air kosong dan lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayuran.. 

Ramuan Firming / Slimming juga dapat membuang lemak & minyak berlebihan dari masuk ke dalam salur darah dan mengurangkan pembentukan kolestrol jahat.

Wednesday, May 20, 2015

Pengalaman Pendarahan di awal kehamilan

22 February 2014 - bertunang
13 September 2014 - Nikah

Hai semua! kisah ni yan nak tulis kat blog sebab nanti boleh imbas balik what was happened on my First Pregnancy. Disebabkan tak pernah tulis apa-apa pasal majlis pertunangan atau pernikahan sebelum ni, so yan just tulis tarikh je la macam kat atas ni. Hehe mana tahu nnti TERlupa ke :P Kalau ada masa terlebih ke boleh la nanti yan cerita kisah kami disatukan InsyaAllah  di next-next-next entry..Kalau rajin.. hihihi

4 December 2014 - Trip to Indonesia with Blinq Family. Alhamdulillah dapat pergi ke Jakarta dan Bandung secara Percuma hasil Insentif jualan Blinq :) So yan ke sana dengan suami. Kira honeymoon kami yang kedua la ni. Dipendekkan cerita, sesampai je kami kat hotel lepas Check-In tengok-tengok ade spotting kt panty. So agak itu adalah darah period sbb it was on my supposed to be first day of period that month.

Spotting tu keluar sikit sahaja. Berwarna coklat dan yan cuma pakai panty liner je sebab spotting tu just 1 2 titik je. So masa ni memanglah tak solat langsung sbb memang mati-mati fikir darah tu adalah darah period. Spotting tu berlangsung keluar sehingga hari ke-3. Masuk je hari ke - 4 my panty-liner sangat-sangat bersih dari sebarang cela. Spotting tu dah takde. 

So tunggu punya tunggu 8 December 2014 tu yan minum coke (yang ni jangan tiru sebab tak bagus untuk kesihatan!). Dengan harapan coke tu boleh push darah haid keluar. Tapi sama jugak. Darah tetap taknak keluar. Sepatutnya kalau dikira-kira 8 December ni hari ke-5 keluar haid. 

9 December 2014 pagi tu yan ade meeting with all the team. Masa nak bersurai tu yan boleh pulak ringan mulut cakap nak pegi klinik sebab darah haid tak keluar. Yan cerita jugak pasal Spotting ni. TETIBA jer diorang cakap "Ntah-ntah pregnant kot! dah Check UPT belum?". Ya Allah rasa masa ni jantung berdebar gila. Buat kerja seharian tak tenang. Sebab fikir, kalau betul pregnant, mcm mana aku semalam dah terminum coke. Baby ok ke? haiz macam-macam la fikir. Yan minum 1 botol coke. Bukan 1 tin tau! wuuuuu rasa nak menangis masa tu. Tapi tahan je la sebab tak confirm lagi kan.

Dah tu balik je petang tu dari kedai terus ke Guardian untuk beli UPT Test. Orang cakap UPT test ni sebaik-baiknya check pagi-pagi waktu fresh air kencing tu kan. Tapi yan dah tak keruan dah. Wajib jugak check waktu tu jugak!! Lepas beli UPT tu singgah la Petronas untuk test. Tak menyabor kan. Hehehe. Tup-tup Keluar double line! Allah.. Masa tu memang bersyukur sangat tapi still lagi risau pasal coke tu.. haha 

So pagi esoknya jumpa doc untuk confirmkan kehamilan ni. And she told us yang spotting tu sebenarnya adalah implementation bleeding. Ingatkan apa la kan! Wat orang risau je. Hihi. Alhamdulillah.. Happy sangat untuk seminggu tu. Yer seminggu je happy sebab lepas tu keluar lagi spotting on 14 December 2014. hmm masa ni memang satu penyeksaan untuk jiwa la. Fizikal sakit jugak. Tapi takdelah sesakit jiwa ni. huuu mana taknya.. Tengah-tengah happy Allah turunkan ujian. 

Lepas je kawin dari bulan September tu, yan terus stay dekat rumah family suami di banting. Which untuk ke kedai di bangi mengambil masa 1 jam. Jalan untuk jarak ni pun tak berapa nak cantik sebab banyak lubang. So everyday memang drive 1 jam pegi dan 1 jam balik which is not good for early pregnancy. Sebab travel jauh. Banyak hentakan sebab lubang. 13 December 2014; masa ni dah start rasa sakit kat bawah perut. Sakit mcm senggugut tu tapi still boleh handle. Masa ni xinform lagi dekat suami. Just senyap je. Sebab bila dah rehat baring-baring sakit tu hilang. 14 December 2014 ni la paling gerun sekali sebab ade spotting. tapi spotting tu bukan warna coklat macam masa awal-awal haritu. Tapi warna merah pink fresh! Bagitahu suami dan kami decide untuk tunggu esoknya. 

15 December 2014 : Pagi tu kami ke hospital pakar wanita Metro di banting. Lepas doc scan, kantung dah nampak. dan dia confirmkan my pregnancy bukan di luar rahim. So dia cakap mungkin ini threaten miscarriage. Masa ni pasrah gila la. Tapi emosi berkecamuk gila. Jalan pun kene slow sbb memang sakit kat bahagian bawah perut. Doc bagi ubat untuk kuatkan rahim.Nama ubat tu Progesterone kalau xsilap. Ubat tu untuk seminggu sahaja sebab dia suruh datang lagi the following week untuk check. So bermulalah hari-hari boringku berehat dirumah tanpa buat apa-apa. Kerjanya makan tido makan tido. 

Tapi still lepas rehat dan ambil ubat darah masih keluar.. Merah gelap.. tapi sikit-sikit. Tak pakai pad pun sbb dia hanya keluar bila yan buang air kecil je. Spotting tu bukan seketul seketul besar tapi sangat sikit macam bertali-tali macam tu. Die akan datang ikut suka dia je. Sampaikan dah x boleh nak track tarikh dah. hehe.. (sebenarnya lupa) :P Mil call kawannya seorang Dr, dia bagitahu yang ubat untuk pendarahan ni rehat je. So memang lepas tu rehat je la kt rumah. Takde pegi mana-mana pun. Mil cakap xperlu dah pegi hospital tu... Rehat je kat rumah. 

So lepas tu kite decide nak pindah rumah di bangi so that Dekat sikit dengan kedai. Dalam 5minit dah sampai. Lepas pindah ke bangi,pendarahan tu masih berlaku. Allah.. Masa ni fikir macam ni ke rasa pregnant. Sakit je. Tapi kenapa semua orang happy nak pregnant lagi dan lagi.. huhu.. Dengan takde selera makan.. Dengan x boleh bau minyak.. Tak boleh bau nasi.. Sampai bergaduh la dengan suami bila sampai part makan. Sebab dia risau wife dia and baby dia tak dapat nutrient. Pendek kata pregnant ni tak best la sebenarnya. huhu. (untuk awal-awal kehamilan je la) bila kehamilan dah matang memang rasa bahagia gila.. hehehe. 

Darah tu tetap kluar tapi sikit-sikit je. Husband dah pesan.. Kalau kluar darah dan pada masa yang sama sakit sangat kene inform die. So ada one day.. Tak ingat tarikh.. Pagi tu sakit sangat-sangat bawah perut tu.. Dan klua ada darah fresh. Sikit tapi still risau sebab sakit sangat. So kite decide terus ke hospital putrajaya. Dah tak tunggu apa terus ke emergency. Masa tu tak ramai org. Tunggu dlm 10minit dia dah panggil mintak ke dewan bersalin. Kebetulan suami pny cousin ade kt hospital tu sebagai pakar puan. So dia la yang check baby yan tu. die seluk bawah and then terjawab la sudah kenapa darah tu kluar. Beliau ckp sebab pangkal rahim yan luka. So darah tu datang dari luka tu. tapi yan memang mengadu perut selalu sakit kt bahagian bawah perut. And tell her before ni ada ambil progesterone which previous dr ade bagi tapi dah habis. So die decide untuk tambah lg sbb takot any case happen sbb yan selalu sgt sakit perut. 

So lepas tu kami just di monitor di EPAU (Early Pregnancy Assessment Unit) setiap minggu. So dpt la tgk how baby dah start moving masuk bulan ke 3. Alhamdulillah dah nampak jantung. Tangan and kaki bergerak2.. Syukur sgt.. 


Sekarang my pregnancy dah masuk 28weeks bersamaan dengan 7bulan. Alhamdulillah syukur.. Kalau ingat balik awal-awal pregnant dulu teruk sgt.. Sampai rasa taknak mengandung dah. Tapi bila masuk trimester ke-dua memang sangat bahagia. Dah boleh rasa baby gerak. Bila kite pegang perut die respond.. Terasa amazingnya ciptaan Allah. :')


:)

Alhamdulillah I am a happy mommy to be..
InsyaAllah 

Nasihat yan pada mommy to be kalau ada pendarahan awal kehamilan tu, better terus ke hospital kerajaan. At least mereka akan monitor kita sampai betul-betul ok walau terpaksa tunggu lama.. Puas hati dan feel safe berbanding pergi klinik swasta cuma akan nasihat kita untuk rehat. 

Monday, May 18, 2015

Tips Memilih Perfume yang best dan betul

Salam semua! haaa Anda semua mesti tertanya-tanyakan mcm mana nak memilih perfume yang betul? Kadang-kadang boleh tersalah beli pula. Harga pula bukan murah.. Berhabis sehingga RM400++ juga untuk perfume Original yang dijual di kaunter. 

Beberapa tips yang anda boleh gunakan untuk memilih minyak wangi yang sesuai untuk anda. supaya anda tidak tersalah beli lagi :) Baiklah tanpa membuang masa berikut merupakan beberapa tips yang anda boleh cuba :-

1. Cuba Minyak Wangi Pada Waktu Tengah Hari
Pasti anda akan tertanya-tanya mengapa pada waktu tengah hari bukan? Untuk pengetahuan anda, ini adalah kerana deria bau kita berada pada tahap kemuncak pada waktu ini. Dengan mencuba pada waktu tengah hari anda dapat memilih minyak wangi yang tepat dan sesuai untuk diri anda.
2. Ketahui Bau Kegemaran Anda
Jurujual minyak wangi mempunyai pengalaman tentang jenis-jenis minyak wangi dan mereka mampu memberi cadangan berdasarkan kegemaran anda. Jika anda sukakan bau buah-buahan, beritahu kepada jurujual mengenai kegemaran anda tersebut. Mereka akan mencadangkan minyak wangi yang sesuai dengan anda.
Mungkin anda boleh tanyakan terus kepada jurujual perfume apakah yang paling banyak dibeli oleh orang dan anda boleh mencubanya. Jangan takut untuk mencuba perfume yang anda tidak pernah pakai.
3. Jangan Gosok Di Pergelangan Tangan
Reaksi yang biasa orang lakukan apabila mencuba minyak wangi adalah dengan menyembur di pergelangan tangan dan seterusnya mereka menggosok kedua pergelangan tangan untuk meratakan minyak wangi tersebut. Jangan lakukannya, kerana ia mungkin akan merosakkan komposisi molekul minyak wangi dan menjejaskan bau sebenar. Seeloknya biarkan ia kering sendiri di tangan anda.
Tindakan menggosok kedua pergelangan tangan juga boleh menyebabkan bau wangian tidak tahan lama. Jadi untuk mendapatkan wangian yang lebih kekal lama, biarkan sahaja wangian tersebut di tangan anda tanpa menggosoknya.
4. Elakan Memakai Minyak Wangi Sebelum Memilih
Jika anda memang bercadang membeli minyak wangi elakkan dari memakai minyak wangi dari rumah. Lebih-lebih lagi jika anda menyembur minyak wangi pada pergelangan tangan anda. Ini kerana campuran dua minyak wangi ini dikhuatiri akan menjejaskan bau sebenar dan komposisi minyak wangi yang ingin anda cuba. Ini akan mengakibatkan anda keliru dengan wangian yang ingin dibeli.
5. Jangan Gopoh Ketika Membeli Minyak Wangi
Sesetengah minyak wangi hanya akan mengeluarkan bau sebenar dengan lebih jelas setengah jam atau beberapa minit selepas pemakaian. Jika anda mencuba minyak wangi dan sukakan baunya jangan terus beli! Ronda-ronda dahulu dan tunggu beberapa minit untuk memastikan anda dapat membuat keputusan yang baik.
Lebih-lebih lagi jika anda bercadang untuk membeli minyak wangi yang mahal. Selain dari memilih wangian yang sesuai, anda juga dapat berjimat dengan memilih minyak wangi yang sesuai untuk diri anda.
Kalau anda memang suka beli barang secara online, anda juga boleh berbuat demikian di www.yanrosy.com. Kami menyediakan consultation untuk anda yang first time ingin membeli dan mencuba perfume. Atau jika anda ingin memilih perfume sendiri boleh la study tentang bau dan note-nya di www.fragrantica.com. Dah habis study tu boleh singgah semula ke www.yanrosy.com. hehe. Apa yang best di www.yanrosy.com ni kerana mereka menyediakan jaminan pemulangan wang jika anda tidak berpuas hati dengan perfume yang anda terima. Best kannnn :) Jadi kalau ada di antara rakan-rakan anda yang confuse nak memilih perfume bolehla sharekan tips ini pada mereka! 

Gambar perfume di www.yanrosy.com
Semoga ianya bermanfaat buat semua yang giler perfume macam saya. hehe

Friday, May 8, 2015

Cincin Emas Untuk Ibu di hari Ibu

Alhamdulillah so far bersama blinq memang banyak dapat emas! tapi kali ni bukan emas untuk Stockist sahaja. 

Malah untuk pengguna Blinq pun boleh dapat emas tau.

Jarang-jarang ada peluang untuk beri ibu kita hadiah kan? lagi-lagi hadiah yang disponsor! hehehe

Mesti tiap tahun fikir hadiah apa yang sesuai untuk hari ibu kan? 

Jom u ols kita try. Mana tahu dapat kan! Tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia siapa yang tahu. ngee :D


HADIAHKAN CINCIN EMAS UNTUK IBU ANDA!
Blinq Mothers Day Welfie Contest
Dapatkan cincin emas PERCUMA sempena Hari Ibu dari Blinq! Senang jer.. hanya perlu ikut langkah berikut :

1. Ber-Welfie ( Anda + Ibu Anda + Mana-mana produk Blinq) secara kreatif.
2. Upload gambar tersebut di Instagram anda dan pastikan ada hashtag & tag blinqhq seperti berikut :
b) @blinqhq

3. Seorang pemenang bertuah akan memenangi Cincin Emas (3gm) seperti dalam gambar.
4. Sah sehingga 31 May 2015
Kalau belum dapatkan produk BLINQ sila dapatkan dari Izyan 0137009146

Selamat Mencuba!
Mana tahu rezeki Ibu kita nak pakai emas baru kan :)

dan semestinya ibu kita akan tersenyum! 

:)